Mangapa disebut Laut Merah????
Laut Merah merupakan
nama sebuah teluk yang berada di Semenanjung Arab yang memisahkan benua
Asia dengan benua Afrika. Laluan ke arah selatan dari laut ini melintasi
Babul Mandib dan Teluk Aden sedangkan di utara terdapat semenanjung
Sinai dan Terusan Suez. Laut Merah mempunyai lebar 300 km dan panjang
1900 km dengan kedalaman 2500m.
Laut yang muncul kerana
perpisahan Semenanjung Arab dan Benua Afrika yang bermula kira-kira 30
juta tahun yang lalu ini menjadi habitat bagi pelbagai makhluk dan batu
karang. Laut ini mempunyai suhu permukaan yang berterusan atau sekitar
21-25 'C dengan jarak penglihatan 200m. Di laut ini juga sering berlaku
angin kencang dan arus yang pelik.
Seorang ahli fizik dari
Universiti Cambridge yang bernama Collin Humphreys yang juga seorang
penulis The Miracle of Exodus cuba menyelesaikan soalan tersebut. Dia
melakukan penjelajahan ke pusat Teluk Aqabah dan hakikatnya laut
tersebut tidak berwarna merah melainkan berwarna biru sama seperti laut
yang lain.
Dalam proses kajian tersebut, dia mendapati sekumpulan tumbuhan yang tinggi seperti lalang (reed) yang
tumbuh subur kerana kehadiran air tawar disekitar tempat tersebut.
Tumbuhan itu dalam bahasa Inggeris disebut dengan reed, tapi masyarakat
setempat mengucapkannya red (merah). Kerana kehadiran tumbuhan tersebut
di laut, maka dinamakanlah red sea (Laut Merah), padahal seharusnya the
reed sea.
trichodesmium erythaerum algae |
Dalam pendapat lain, laut itu disebut dengan Laut Merah kerana dipenuhi oleh bunga alga syanobacteria yang disebut trichodesmium erythaerum algae.
Setelah tanaman ini mati biasanya air laut berubah menjadi coklat
kemerahan. Tapi, kerana warna tersebut tidak betul-betul melekat dengan
air di seluruh lautan, maka tahap kemerahannya berbeza bergantung kepada
jumlah alga tersebut.
0 komentar:
Posting Komentar